KUALA LUMPUR: Perubahan iklim, tekanan alam sekitar dan perkembangan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara cabaran utama bandar raya Asia Tenggara yang bakal dibincangkan dalam satu persidangan antarabangsa di ibu negara akhir bulan ini.
Persidangan Bandaraya Dialog Asia Tenggara Ke-3 pada 26 hingga 28 Oktober itu bakal menghimpunkan wakil bandar raya, pemimpin agama, belia, wanita dan masyarakat sivil bagi mencari pendekatan bersama menangani cabaran berkenaan.
Dianjurkan oleh Pusat Dialog Antarabangsa (KAICIID) dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs (ACCIN) di Malaysia, penganjuran berkenaan bertujuan meneroka peranan dialog antara agama dan budaya dalam menangani pelbagai cabaran perbandaran secara bersama.









