KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Khadijah Halim menegaskan hubungannya dengan pelakon, Amir Ahnaf tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja dan sahabat dalam industri seni.
Siti Khadijah, 29, berkata dia tidak pernah menggunakan taktik 'menjual kisah cinta' atau gimik cinta lokasi semata-mata untuk mempromosikan mana-mana naskhah drama atau filem lakonannya.
"Jujurnya saya memang berkawan sahaja dengan dia. Kalau ada rezeki, adalah. Saya peribadi tak pernah sekali pun nak 'jual cinta' untuk promosi projek.
"Saya mengutamakan hasil kerja dan persahabatan dahulu. Daripada persahabatan erat itu, mungkin penonton nampak keserasian (chemistry) kami yang nampak lebih akrab dan hidup.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F06%2Fa8195b7191d47d94809f838856f4bfc6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)