Manchester: Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez mengakui kemarahan dan kekecewaan selepas kekalahan kepada Atletico Madrid mendorongnya mengkritik barisan pengurusan kelab itu kerana tidak berbelanja besar dalam jendela perpindahan pemain.
United tewas 0-2 kepada Atletico dalam aksi Liga Juara-Juara di Sepanyol, Selasa lalu, sekali gus menambah tekanan terhadap skuad kendalian Michael Carrick yang turut mencatat permulaan terburuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 40 tahun lalu.
Martinez sebelum ini menyuarakan kekecewaan terhadap pengarah teknikal kelab, Jason Wilcox, dengan mendakwa beliau menjangkakan pelaburan lebih besar untuk memperkuatkan pasukan selepas United menamatkan saingan EPL musim lalu di tempat ketiga bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.










