Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Shaheizy Sam menyifatkan tersenarai sebagai calon Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Badak pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM 35) cukup bermakna dalam karier seninya.

Dalam kategori utama itu, Sam bersaing dengan Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkata dia juga sangat bersyukur kerana sumbangan dan pembabitannya dalam bidang lakonan sejak 1995 terus mendapat pengiktirafan dalam industri.

"Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana sudah banyak kali tercalon dalam FFM dan mendapat penghargaan dalam industri seni tanah air.