KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,363 permohonan kewarganegaraan masih dalam proses pertimbangan bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 September lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Dalam tempoh sama, beliau berkata, sebanyak 16,338 permohonan kewarganegaraan diterima, manakala 4,583 permohonan diluluskan dengan sijil kewarganegaraan dikeluarkan kepada pemohon.
"Setiap permohonan akan diteliti serta dipertimbangkan secara menyeluruh berdasarkan fakta kes, maklumat, dokumen dan bukti sokongan yang dikemukakan pemohon mengikut giliran sewajarnya sebelum sesuatu keputusan dibuat.
"Proses ini memerlukan penelitian terperinci dan tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi pengeluaran sebarang keputusan," katanya.









%2Ffile%2F1175%2F233f93b84ba6b327158c003f6b89182f.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
