SHAH ALAM - Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan pada minggu hadapan ditangguhkan susulan situasi jerebu masih melanda negara.Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap kesihatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki UASA.Menurut KPM, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaan ujian berkenaan memandangkan UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah."Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga. KPM memahami dilema yang dihadapi ibu bapa."Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, namun pada masa sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan mereka terlepas pentaksiran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.KPM menegaskan kesihatan dan keselamatan murid akan terus menjadi keutamaan, selain memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan teratur.
Jerebu: Pelaksanaan UASA minggu depan ditangguhkan - KPM

Key takeaways
UASA minggu depan ditangguhkan kerana situasi jerebu yang masih berlaku di negara ini.
- KPM mengambil kira kebimbangan ibu bapa tentang kesihatan murid.
- Sekolah boleh menyusun semula jadual ujian UASA.
- KPM menekankan kesihatan dan keselamatan murid sebagai keutamaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Ringgit dijangka kukuh minggu depan
- Sinar Harian Jerebu: Pelaksanaan UASA minggu depan ditangguhkan - KPM (this story)
- Harian Metro Jerebu: Pelaksanaan UASA minggu depan ditangguhkan
- Berita Harian Jerebu: Pelaksanaan UASA minggu depan ditangguhkan








%2Ffile%2Fattachments%2F886%2Fimage46_303911.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)