KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan berlangsung minggu depan akibat situasi jerebu yang melanda negara.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap kesihatan anak-anak, terutama bagi mereka yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki pentaksiran berkenaan.
"Memandangkan UASA ialah pentaksiran kendalian sekolah, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaannya.
"Jadual baharu akan dimaklumkan kelak kepada ibu bapa dan penjaga oleh pihak sekolah masing-masing," kata kenyataan itu.









%2Ffile%2Fattachments%2F886%2Fimage46_303911.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)