Kuala Lumpur: Sebarang dakwaan berkaitan pengabaian pesakit kanak-kanak di fasiliti kesihatan perlu disiasat secara terperinci berdasarkan fakta sebelum dapat disahkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, penempatan pesakit di wad ditentukan berdasarkan tahap kritikal kesihatan (triage), keperluan klinikal, umur, keselamatan pesakit dan kekosongan katil.
"KKM menegaskan fasiliti kesihatannya tidak mengamalkan dasar pengasingan wad berdasarkan kewarganegaraan atau etnik.
"Sekiranya terdapat insiden pesakit kanak-kanak ditinggalkan tanpa penjaga di fasiliti kesihatan, pihak hospital akan mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) perlindungan kanak-kanak dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan hari ini.









