MELAKA - DAP Melaka membuat laporan polis berhubung dakwaan parti itu melindungi sebuah sekolah agama Rohingya tanpa lesen di Pengkalan Rama Pantai yang tular di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Laporan itu dibuat pembantu kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong, iaitu Tan Ching Wan di Balai Polis Tengkera di sini pada Rabu.Chee Leong berkata, dakwaan berkenaan disebarkan menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook oleh seorang pemilik akaun mengaitkan DAP, dirinya serta Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dengan dakwaan bersubahat dan melindungi sekolah agama terbabit."Saya menegaskan bahawa ini adalah satu tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada DAP, saya dan juga Khoo Poay Tiong."Ini satu perbuatan jahat menjelang PRN Melaka. Saya telah mengarahkan pembantu saya membuat laporan polis supaya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya," katanya selepas selesai membuat laporan polis pada Rabu.Beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Melaka berharap, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengambil tindakan berhubung isu berkenaan susulan penguatkuasaan berkaitan sekolah agama terletak di bawah bidang kuasa JAIM dan bukannya ADUN.Tegasnya, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan atau mengendalikan sekolah agama seperti yang didakwa."Kita mengetahui isu sekolah berkenaan dan pernah membangkitkannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Rama Pantai dan laporan berkaitan turut dihantar kepada pejabat daerah."Bagaimanapun, tindakan lanjut berhubung isu itu terletak di bawah bidang kuasa JAIM, bukan saya selaku ADUN," katanya.Beliau turut menafikan DAP menyalurkan peruntukan atau memberikan sokongan kepada sekolah berkenaan.Chee Leong berkata, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera kerana dakwaan berkenaan didakwanya mencemarkan nama baik DAP serta pemimpin terbabit dan menyentuh isu 3R.
DAP lapor polis isu dakwaan lindungi sekolah Rohingya tanpa lesen

Key takeaways
DAP Melaka melaporkan polis berhubung dakwaan melindungi sekolah agama Rohingya tanpa lesen di media sosial.
- Laporan polis dibuat oleh pembantu ADUN Kota Laksamana, Tan Ching Wan.
- Dakwaan disebarkan melalui video di Facebook yang melibatkan DAP dan ahli politik.
- DAP menegaskan tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan sekolah agama seperti yang didakwa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Fitnah melampaui batas, DAP heret pemilik akaun Facebook ke polis
- Malaysiakini (BM) Menteri nafi dakwaan Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah
- Sinar Harian DAP lapor polis isu dakwaan lindungi sekolah Rohingya tanpa lesen (this story)







