Butterworth: Perkhidmatan bekalan air kepada kira-kira 130,790 pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual (UWSI) di Pulau Pinang kini pulih sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, sehingga jam 7 pagi tadi, sebanyak 96.67 peratus pengguna terjejas di daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut kembali menerima bekalan air seperti biasa.
Beliau berkata, gangguan berkenaan berpunca daripada kejadian paip pecah berdiameter 300 milimeter (mm) di Kampung Lokan, di sini yang dikesan pada jam 11.30 malam, kelmarin.
"Paip yang pecah itu bersambung dengan paip utama berdiameter 1,350 mm menyebabkan PBAPP terpaksa menghentikan tugas paip berkenaan bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan.









