KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan pewujudan 500,000 peluang pekerjaan menerusi perancangan berkaitan kecerdasan buatan (AI), selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja bagi menghadapi perubahan landskap pasaran buruh.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkembangan AI, pendigitalan dan automasi perlu dilihat sebagai peluang menyusun semula ekonomi, khususnya dengan memperluas industri pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) serta sektor strategik berimpak tinggi.Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan tenaga kerja dapat menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pekerjaan, di samping menyokong aspirasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk meningkatkan komposisi pekerjaan mahir kepada 35 peratus daripada jumlah tenaga kerja menjelang 2030, berbanding 30.1 peratus pada 2025."Kajian Universiti Stanford yang diterbitkan pada September lepas menunjukkan AI generatif memberi kelebihan kepada pekerja berpengalaman dan berkemahiran tinggi, tetapi ia akan menjadi cabaran kepada pekerjaan kemahiran rendah."Cabarannya bagaimana kita meningkatkan adaptasi penggunaan teknologi untuk memudahkan ataupun meningkatkan kecekapan tenaga kerja," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai jumlah pekerja yang terjejas akibat teknologi AI dan peningkatan kemahiran mengatasi cabaran itu di Dewan Rakyat hari ini.Akmal Nasrullah berkata, pada 2025, sebanyak 57 peratus tenaga kerja berada dalam kategori pekerjaan separuh mahir, manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada pekerja berkemahiran rendah.Menjawab soalan asal Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai langkah kerajaan menyediakan pelan peralihan tenaga kerja yang jelas akibat cabaran AI, automasi dan pendigitalan, beliau berkata dasar serta pelan pembangunan negara turut mengambil kira keperluan bakat bagi mendepani perubahan teknologi.Beliau berkata, perkara itu termasuk RMK13, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Strategi Semikonduktor Nasional serta Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030.Sementara itu, beliau berkata, kajian Talent Corporation Malaysia Berhad pada November 2024 mendapati 90 peratus pekerjaan sedia ada kekal relevan menerusi penyesuaian kemahiran, manakala 10 peratus lagi berdepan impak automasi atau penyelarasan semula fungsi akibat perkembangan AI, pendigitalan dan ekonomi hijau."Bagi memastikan impak perkembangan AI, pendigitalan dan automasi ini tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan dalam skala besar, program pembangunan bakat merangkumi pensijilan, peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan kemahiran semula (reskilling) akan terus diperkukuh."Kerjasama antara sektor awam, industri dan akademia akan dipergiat bagi tujuan ini, termasuk melalui platform MyMahir Future Skills Talent Council (MyMahir FSTC). Sebanyak 17 MyMahir FSTC telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh penggiat industri
Kerajaan sasar wujudkan 500,000 peluang pekerjaan, perkukuh kemahiran tenaga kerja

Key points
- KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan pewujudan 500,000 peluang pekerjaan menerusi perancangan berkaitan kecerdasan buatan (AI), selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja bagi menghadapi perubahan landskap pasaran buruh.
- Akmal Nasrullah berkata, pada 2025, sebanyak 57 peratus tenaga kerja berada dalam kategori pekerjaan separuh mahir, manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada pekerja berkemahiran rendah.
- Menjawab soalan asal Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai langkah kerajaan menyediakan pelan peralihan tenaga kerja yang jelas akibat cabaran AI, automasi dan pendigitalan, beliau berkata dasar serta pelan pembangunan negara turut mengambil kira keperluan bakat bagi mendepani perubahan teknologi.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia BAKAT MADANI sasar 30,000 peluang pekerjaan baharu
- Utusan Malaysia Bagaimana tingkatkan ekonomi, peluang pekerjaan berkualiti?
- Sinar Harian Kerajaan sasar wujudkan 500,000 peluang pekerjaan, perkukuh kemahiran tenaga kerja (this story)









