PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan notis isytihar harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 pada Rabu.Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai bentuk intimidasi seperti mana yang pernah dilakukan terhadap beberapa pemimpin sebelum ini."Dalam kes ini, saya telah direman dan disiasat malah penyiasatan sudah tersasar jauh daripada usul saya direman."Kemudian, umum tahu bahawa duit RM10 juta tersebut tidak hilang. Jadi, dari awal SPRM telah membina naratif jahat terhadap saya, membunuh karakter saya," katanya kepada pemberita selepas tiba di ibu pejabat agensi itu kira-kira jam 10.50 pagi.Bagaimanapun jelas Nazir Hussin, pihaknya telah memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi mencabar notis berkenaan.Jelasnya, pihak mahkamah perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti.Sebelum ini, Nazir Hussin dan abangnya direman lima hari sehingga 6 Oktober lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.SPRM kemudian membebaskan abang kepada Nazir Hussin dengan jaminan setelah tempoh remannya tamat, manakala Nazir Hussin disambung dua hari lagi sehingga 7 Oktober.Susulan penahanan dua tokoh tersebut, SPRM menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.Selain itu, SPRM turut membekukan dua akaun peribadi bernilai kira-kira RM2 juta.
Nazir Hussin dakwa terima notis isytihar harta

Key points
- PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan notis isytihar harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 pada Rabu.
- Bagaimanapun jelas Nazir Hussin, pihaknya telah memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi mencabar notis berkenaan.
- Sebelum ini, Nazir Hussin dan abangnya direman lima hari sehingga 6 Oktober lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Nazir Hussin persoal tindakan, sitaan SPRM
- Utusan Malaysia Tiada satu sen hilang, dicuri – Nazir Hussin
- Berita Harian Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM
- Utusan Malaysia Nazir Hussin hadir semula ke SPRM, terima notis isytiharan harta
- Berita Harian Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM
- Sinar Harian Nazir Hussin dakwa terima notis isytihar harta (this story)








