Kuala Lumpur: "Walaupun penerbangan umrah dibatalkan dan terpaksa berpatah balik ke Johor, namun kami sekeluarga reda. Dalam keadaan sekarang, soal keselamatan lebih penting," kata Zainudin Alibawa, 32.

Ahli perniagaan dari Kluang itu adalah antara lebih 100 jemaah umrah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines sejak 12 Oktober susulan beberapa siri serangan terhadap lapangan terbang di Arab Saudi.

Menurutnya, dia bersama 10 ahli keluarga sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 3 petang Isnin lalu namun mendapat tahu ia dibatalkan kira-kira enam jam sebelum jadual penerbangan.

Katanya, ketika itu dia sekeluarga terdiri daripada 11 ahli keluarga termasuk ibu, isteri, anak berusia enam tahun serta saudara-mara sudahpun hampir tiba di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).