Kuala Lumpur: Lebih 140 jemaah umrah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines pada 12 Oktober lalu ditempatkan di sebuah hotel di Nilai, Negeri Sembilan.
Jurucakap M Holidays Sdn Bhd, Noor Aini Othman berkata, jemaah terjejas itu membabitkan lima agensi pelancongan dari seluruh negara.
"Alhamdulillah, pihak Malaysia Airlines menyediakan tempat penginapan yang selesa (hotel empat bintang) termasuk makan dan minum kepada semua jemaah yang terkandas.
"Kami masih menunggu maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan berkenaan berhubung tarikh penerbangan baharu yang sesuai.









