KLUANG – Hasrat 11 ahli keluarga dari Taman Sri Lambak, di sini untuk menunaikan umrah kelmarin tidak kesampaian apabila penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Jeddah, Arab Saudi dibatalkan pada saat akhir.
Lebih mengejutkan, pembatalan itu dimaklumkan ketika mereka sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira enam jam sebelum jadual penerbangan pada pukul 3 petang, semalam.
Wakil keluarga, Zainudin Alibawa, 32, berkata, mereka menerima berita pembatalan itu menerusi kumpulan WhatsApp daripada mutawif yang memaklumkan pihak syarikat penerbangan telah menghantar pesanan ringkas berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, mereka yang terdiri daripada 11 ahli keluarga termasuk ibu, isteri, anak berusia enam tahun serta saudara-mara sudah bertolak menuju ke KLIA selepas bermalam di sebuah rumah berhampiran la








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSS1ddd_297864.png&w=480&output=webp&q=85&we)

