KUALA LUMPUR: Suri rumah, Nur Hazirah Adnan bertekad meneruskan perjalanan umrah bersama suaminya pada 17 Oktober ini sekiranya penerbangan mereka tidak dibatalkan.

Nur Hazirah, 39, berkata beliau menyedari risiko perjalanan berikutan insiden serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, yang dilaporkan sejak minggu lalu.

"Saya juga tidak berasa apa-apa apabila mendapat tahu mengenai saranan itu (menangguhkan perjalanan) dan masih mahu meneruskan perjalanan (jika penerbangan tidak dibatalkan).

"Risiko memang ada tetapi sebagai orang Islam, kita percaya kepada qada dan qadar Allah. Jika ditakdirkan (berlaku sebarang perkara tidak diingini), kita tidak mampu berbuat apa-apa," katanya ketika dihubungi hari ini.