KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan pembekuan harta berjumlah RM1.27 bilion bagi tempoh 2022 hingga September tahun ini, merangkumi akaun bank, barang kemas, harta tak alih dan barangan berharga lain.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran, berkata pembekuan harta itu dilaksanakan di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Beliau berkata, sebanyak 1,336 perintah pembekuan harta di bawah akta itu dikeluarkan sepanjang 2025 manakala 1,006 lagi dikeluarkan dari 1 Januari hingga 30 September 2026.
Menurut Kulasegaran, sebanyak 481 perintah pembekuan ditarik balik tanpa pertuduhan pada 2025, manakala 781 perintah lagi ditarik balik bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F90834593045_307946.png&w=480&output=webp&q=85&we)
