Belia Mahir berkata peruntukan RM8 bilion bagi TVET merentasi kementerian perlu disusuli bantuan kewangan mencukupi kepada pelatih. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) menggesa kerajaan menggandakan pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada RM1 bilion daripada RM500 juta diumumkan dalam Belanjawan 2027.
Presiden, Mohammad Rizan Hassan, berkata pembiayaan lebih besar diperlukan bagi memastikan golongan belia, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dapat mengikuti latihan kemahiran tanpa terbeban dengan kekangan kewangan.
Katanya, peruntukan RM8 bilion bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) merentasi kementerian perlu disusuli bantuan kewangan mencukupi kepada pelatih.







