KUALA LUMPUR – Sebanyak RM5.34 bilion daripada keseluruhan peruntukan RM22.11 bilion kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi Belanjawan 2027 akan digunakan bagi memperkukuh aset pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan keseluruhan bagi kementerian itu meningkat RM361.95 juta atau 1.66 peratus berbanding sebelum ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM14.523 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM7.585 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Selain itu, sebanyak RM957.30 juta disediakan bagi perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala RM304 juta diperuntukkan untuk pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV),” katanya dalam kenyataan.