Istanbul: Rancangan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth untuk menyiarkan secara langsung hukuman mati skuad penembak ke atas bekas mejar tentera dikecam hebat seluruh spektrum politik negara itu.

Pengkritik menekankan bahawa menjadikan hukuman mati sebagai tontonan awam menjejaskan nilai AS dan berisiko membantu propaganda pelampau.

Hegseth berkata pada Khamis, Nidal Hasan yang dijatuhkan hukuman mati kerana menembak mati 13 orang dan mencederakan 32 yang lain pada 2009 di Fort Hood, Texas akan dihukum bunuh oleh skuad penembak pada 3 Disember di pangkalan tentera yang sama, lapor Anadolu Ajansi.

Hasan, bekas pakar psikiatri tentera, telah disabitkan pada 2013 atas 13 pertuduhan pembunuhan terancang dan 32 pertuduhan cubaan membunuh dan sejak itu telah ditahan di Fort Leavenworth, Kansas.