Kuala Lumpur: CIMB Group menyokong Belanjawan 2027 yang mengimbangi bantuan jangka pendek dengan kemampanan jangka panjang, berlandaskan prinsip tanggungjawab fiskal dan kemakmuran bersama.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin, berkata agenda reformasi kerajaan bertujuan meningkatkan daya saing Malaysia, menarik pelaburan berkualiti, menggalakkan inovasi dan mempercepat peningkatan ekonomi.
Pada masa sama, katanya, usaha berkenaan turut memberi tumpuan kepada peluang ekonomi yang lebih baik, perlindungan sosial lebih kukuh dan peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia.
"Penyatuan fiskal dilaksanakan menerusi rasionalisasi subsidi bersasar, peluasan asas hasil negara yang lebih progresif, penambahbaikan tadbir urus serta pengurangan ketirisan, di samping memperkukuh bantuan sosial bagi melindungi isi rumah yang mudah terjejas.








