GEORGETOWN: Pulau Tikus dipilih sebagai kawasan perintis projek daerah sifar sisa bagi mengurangkan pelepasan gas metana menerusi pengurusan sisa makanan dan organik.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan memaklumkan, projek berkenaan akan dilaksanakan di dua kawasan di Malaysia, membabitkan pihaknya dan Perbadanan KLCC.

Menurut MBPP, pelancaran projek itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, kelmarin sempena perasmian Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2026 serta Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) di ibu negara.

"Pelaksanaan projek di Pulau Tikus merangkumi pencegahan sisa, pengasingan di punca, pemulihan sisa organik, kitar semula, prinsip ekonomi kitaran dan tindakan iklim.