KUALA LUMPUR – Anggota tentera yang ditahan bersama sepucuk pistol dan puluhan butir peluru di Kem Askar Sungai Besi, di sini, minggu lalu, telah dituduh di mahkamah pada kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pertuduhan itu dibuat selepas kertas siasatan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
“Suspek telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu.
“Kertas siasatan telah ditaklimatkan kepada TPR dan arahan tuduh di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan hari ini.








