KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera ditahan selepas didapati membawa sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di kawasan parkir kenderaan kem tentera, di sini, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lim Chun How, dalam kenyataannya petang tadi memaklumkan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, jam 12.42 tengah malam.
"Hasil semakan mendapati anggota tentera itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah," katanya.
Beliau berkata, anggota tentera terbabit direman lima hari untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.








