am@hmetro.com.my
Kota Tinggi: Langkah mengimbangkan keanggotaan tentera kepada nisbah 50 peratus di Semenanjung Malaysia dan 50 peratus di Sabah serta Sarawak menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan bagi memperkukuh benteng pertahanan negara berikutan peningkatan aktiviti ketenteraan di Pulau Balabac, Filipina.
Penyelarasan semula penempatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu penting sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan limpahan konflik geopolitik, memandangkan lokasi pangkalan tentera di Pulau Balabac terletak amat berhampiran dengan Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini dua pertiga daripada keseluruhan kira-kira 20,000 anggota pada setiap masa, ditempatkan di Semenanjung Malaysia, manakala hanya satu pertiga berada di Sabah dan Sarawak.










