KUALA TERENGGANU – Inisiatif pembelian pukat lama dan menaik taraf sistem pembentungan di pulau-pulau peranginan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam mampu membantu mengurangkan ancaman terhadap ekosistem marin negara.

Ketua Pusat Konservasi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli menyambut baik kedua-dua inisiatif tersebut yang diyakini mampu menangani ancaman terhadap ekosistem marin selain menyokong memacu ekonomi biru negara.

Beliau berkata, inisiatif pembelian pukat lama juga sememangnya dinantikan berikutan peralatan menangkap ikan tersebut yang hilang, terlucut atau ditinggalkan di laut sering menjadi perangkap berbahaya buat hidupan marin.