Kuala Lumpur: Inisiatif Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan sebagai usaha meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk memperkukuh kedudukan tenaga kerja sebagai asas kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Industri Filem Malaysia (Profima) Khalil Saleh berkata, pihaknya menghargai usaha kerajaan apabila memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja ekonomi gig termasuk usaha meningkatkan pendapatan dan memperkukuh perlindungan sosial.

"Dalam sektor perfileman, sebahagian besar tenaga kerja beroperasi melalui sistem pekerjaan berasaskan projek, kontrak jangka pendek atau perkhidmatan profesional secara bebas.