KUALA LUMPUR: Seekor harimau belang dilapor dikesan berkeliaran di tepi jalan laluan Bukit Fraser menghala ke Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor.
Kejadian itu dikongsikan menerusi satu hantaran tular di aplikasi Threads oleh akaun 'peann999'.
Hantaran berkenaan turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan haiwan liar berkenaan berdiri di bahu jalan berhampiran hutan.
Menurut maklumat dalam hantaran itu, lokasi harimau itu dikesan adalah di sekitar kawasan Trek Gus Gap Chorocco, pada jarak kira-kira satu kilometer dari Simpang Bukit Fraser menghala ke KKB.








