Kuala Lumpur: Dana pembiayaan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meningkat kepada RM500 juta menerusi Belanjawan 2027, berbanding RM350 juta sebelum ini, bagi memperkukuh pertumbuhan dan pengembangan perniagaan usahawan Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, perbadanan itu menyambut baik peningkatan dana berkenaan yang mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap peranannya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera.

Katanya, PUNB akan melaksanakan amanah itu dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik dan telus bagi memastikan pembiayaan disalurkan kepada usahawan yang layak.

"Usahawan Bumiputera hari ini sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh, bukan sekadar sebagai pembekal, tetapi sebagai peneraju industri yang memacu inovasi dan automasi bertaraf global.