KUALA LUMPUR: 'Menua Bersama' menjadi tema hantaran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada isterinya, Bella Astillah.
Itu keunikan majlis pernikahan Syed Saddiq, 34, dan Bella Astillah, 32, yang berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank, di sini, hari ini.
Hantaran Syed Saddiq itu mencuri tumpuan peminat kerana disifatkan amat berbeza berbanding dibuat oleh pasangan lain termasuk golongan selebriti.
Jika mereka sering mempamerkan barangan mewah berjenama, Syed Saddiq memilih pendekatan yang lebih bermakna dan berwawasan.








