am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Jangan menggadaikan simpanan hanya untuk kemewahan sehari hingga menanggung hutang berdekad-dekad.".

Demikian tegas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai perancangan majlis perkahwinannya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Saddiq, 33, berkata, dia mengambil pendekatan secara serius berhubung pengurusan kewangan majlis perkahwinan memandangkan isu kewangan sering menjadi antara punca utama perceraian.

"Saya kongsikan dengan bakal isteri saya, kita buat yang terbaik sebab nak hantar mesej yang baik. Saya adalah orang yang bercakap berdasarkan data, jadi saya pandang perkara ini secara serius," katanya kepada Harian Metro.