Kuala Lumpur: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendengar rintihan penjaja.

Presiden PPPBWPKL, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, potongan sewaan sebanyak 50 peratus kepada 10,000 peniaga kecil yang menyewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang tahun 2027 sudah pasti dapat meringankan beban mereka.

Oleh itu katanya, PPPBWPKL amat mengalu-alukan bantuan sedemikian dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu ketika ini.

"Seperti yang kita sedia maklum, perniagaan penjaja ini ada pasang surutnya mengikut permintaan. Jika tiada permintaan maka kuranglah jualan.