PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa kerajaan membaiki kelemahan dalam Rang Undang-undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 agar ia boleh dilaksanakan di lapangan dengan berkesan, dan tidak dilihat seolah-olah mahu mengenakan hukuman berat semata-mata.
Lim Lip Eng (PH-Kepong) menggesa kerajaan mengambil kira kesan menutup perniagaan ke atas peniaga kecil, dan menyediakan saluran rayuan segera untuk pengusaha dan pemeriksaan semula dengan cepat.
Beliau menarik perhatian para wakil rakyat kepada seksyen baharu 11A yang membenarkan penutupan premis sehingga 40 hari "tanpa menyediakan saluran rayuan yang cepat".







