Victoria, Seychelles: Populasi kura-kura gergasi Aldabra yang pernah diancam kepupusan kini dianggarkan mencecah 180,000 ekor, menurut tinjauan terbaharu yang dilaporkan The Guardian.
Kura-kura gergasi berkenaan hidup bebas di Atol Aldabra, sebuah pulau di Seychelles yang terletak di Lautan Hindi.
Tinjauan diketuai Yayasan Pulau Seychelles (SIF) dan Universiti Exeter menganggarkan hampir 180,000 ekor kura-kura gergasi dewasa dan separa dewasa mendiami kawasan berkenaan, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan bagi spesies tersebut serta jauh melebihi jumlah penduduk Seychelles.
Angka diperoleh selepas pasukan penyelidik menganalisis data pengiraan kura-kura selama lima tahun dari 2018 hingga 2022.








