PETALING JAYA – CIMB memuji pendekatan Belanjawan 2027 dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara, di samping memastikan kemampanan fiskal dan kemakmuran bersama terus menjadi keutamaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, agenda reformasi kerajaan menerusi kerangka Malaysia Madani memberi tumpuan kepada keseimbangan antara bantuan jangka pendek kepada rakyat dengan kelestarian ekonomi untuk jangka panjang.

Menurutnya, pendekatan itu bertujuan meningkatkan daya saing Malaysia, menarik pelaburan berkualiti, menggalakkan inovasi dan mempercepatkan peningkatan keupayaan ekonomi, selain memastikan pertumbuhan diterjemahkan kepada peluang lebih baik serta peningkatan taraf hidup rakyat.