PETALING JAYA – Pengacara, Ain Edruce mengakui kesilapan sendiri apabila tidak menyemak harga sebenar sebelum membeli dua tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain pada kadar RM8,000, baru-baru ini
Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 35, berkata, dia hanya menyedari tertipu selepas mendapati kadar dikenakan kepadanya empat kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran atau menerusi penjual lain untuk tempat duduk yang sama.
“Saya kena scam (tipu) tetapi saya memang dapat tiket itu, cuma harganya melampau, RM8,000 untuk dua orang, manakala kemasukan sehari sahaja.
“Orang lain beli tiket (tempat) sama RM2,000 sahaja untuk seorang dengan kemasukan (ke venue acara) tiga hari berturut-turu









