PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad menyifatkan Belanjawan 2027 adalah pelan fiskal yang memandang ke hadapan dan juga seimbang.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, pihaknya kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan Kerajaan dalam memajukan keutamaan nasional ini, memacu pertumbuhan mampan dan memberikan nilai berpanjangan kepada seluruh pemegang taruh.

Menurut beliau, Belanjawan 2027 dapat merangsang pelaburan domestik, memperluas pemilikan rumah, dan mempercepatkan transisi hijau Malaysia.

Jelasnya,Kumpulan mengalu-alukan langkah terhadap penyelesaian berimpak bagi memudahkan pemilikan rumah, terutamanya menerusi cadangan pengecualian duti setem.