TAIPING – Seorang anggota polis bantuan Plus Malaysia (Plus) maut selepas dilanggar sebuah Perodua Myvi di Kilometer 231.3 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira pukul 7 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Saravanan A. Shanmugam berkata, mangsa berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut beliau, polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu daripada pihak lebuh raya pada pukul 8.05 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi 1.3 EZ automatik yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.









