KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi hal ehwal Islam meningkat kepada RM3.1 bilion menerusi Belanjawan MADANI 2027 berbanding RM2.6 bilion tahun lalu, mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan Islam termasuk pendidikan dan kebajikan petugas agama.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata langkah kerajaan itu memastikan kebajikan petugas agama selaras dengan peranan mereka dalam menyampaikan pendidikan Islam, membimbing masyarakat dan mengimarahkan institusi masjid serta surau.
"Kebajikan petugas agama turut diperkuat apabila kerajaan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi 40,000 petugas merangkumi imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir melalui Tabung Haji.









