PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas keputusan meneruskan kemudahan pas perjalanan My50 yang memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pengguna perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL di Lembah Klang setiap bulan.
Kesinambungan inisiatif tersebut, menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri hari ini disifatkannya sebagai amat bermakna dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk perjalanan harian.
Menurut Prasarana, ia mengambil maklum penekanan kerajaan terhadap keperluan memastikan kelancaran perkhidmatan rel untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.








