PETALING JAYA – Sehari sebelum melangsungkan pernikahan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap hadir ke Dewan Rakyat bagi mengikuti pembentangan Belanjawan 2027, hari ini.
Belanjawan 2027 dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen petang tadi.
Kehadiran Syed Saddiq itu mencuri perhatian pengguna media sosial selepas satu rakaman suasana di Dewan Rakyat dikongsikan menerusi Threads oleh pengguna @anasdamian.
“Buat peminat BASS, sekarang YB Syed Saddiq sedang sibuk urusan negara. Esok baru selesaikan urusan rumah tangga,” tulisnya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar_186609.png&w=480&output=webp&q=85&we)
