WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memohon Mahkamah Agung AS menghidupkan semula saman yang difailkan terhadap bekas pencabarnya dalam pilihan raya 2016, Hillary Clinton, berhubung dakwaan konspirasi mengaitkan kempennya dengan Russia.
Permohonan itu dibuat selepas mahkamah persekutuan menolak saman berkenaan dan mengenakan denda hampir AS$1 juta terhadap Trump serta seorang peguamnya kerana memfailkan tindakan undang-undang yang disifatkan sebagai tidak berasas.
Trump sebelum ini mendakwa Clinton, bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey dan beberapa pihak lain bersekongkol untuk menjejaskan reputasinya menjelang pilihan raya 2016 melalui dakwaan hubungan antara kempen beliau dan Russia.








