Kuala Lumpur: Keselamatan siber perlu dilihat sebagai antara keutamaan keselamatan negara dan bukan sekadar isu teknologi maklumat (IT) berikutan kebocoran data sensitif kerajaan berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada negara.
Pengarah Amalan Keselamatan Siber Aras Integrasi Sdn Bhd, Faurani Jaafar berkata, agensi kerajaan secara umumnya menyimpan dua kategori maklumat sensitif iaitu data peribadi rakyat serta maklumat berkaitan kerajaan termasuk perolehan aset.
Menurutnya, sebarang kebocoran membabitkan maklumat strategik seperti perolehan aset ketenteraan boleh membuka ruang kepada pihak luar mengetahui perancangan negara.
"Walaupun kita melihat perkara ini daripada perspektif keselamatan siber, keupayaan untuk mencegah insiden seperti ini sebenarnya menyumbang kepada keselamatan negara.








