Kuala Lumpur: Kes penyakit berkaitan jerebu terus mencatatkan peningkatan ketara dengan kes jangkitan saluran pernafasan naik 10.4 peratus daripada 3,509 kes kepada 3,875 kes bagi Minggu Epidemiologi (ME) 39/2026 dan ME 40/2026.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, kes asma menurun daripada 535 kes kepada 462 kes membabitkan penurunan sebanyak 13.64 peratus.
"Bagaimanapun, kes konjunktivitis atau radang mata meningkat daripada 102 kes kepada 129 kes iaitu peningkatan sebanyak 26.47 peratus.
"Susulan itu, KKM akan terus memperkukuh pemantauan penyakit berkaitan jerebu memandangkan pendedahan kepada udara tercemar boleh menjejaskan kesihatan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung," katanya.








