Batu Pahat: "Sehari sebelum kemalangan, arwah beria-ia meminta saya membelikan blaus putih. Saya pelik kerana arwah jarang memakai pakaian warna itu," kata Hamidah Sulaiman, 66.
Hamidah ialah ibu kepada Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, 22, dan ibu saudara kepada Siti Nurmaisarah Abd Jalil, 22, yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar susulan kemalangan dengan lori.
Nahas 4.15 petang itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja tidak jauh dari pekan Yong Peng.
Hamidah berkata, dia mengetahui mengenai kemalangan itu selepas rasa tidak sedap hati apabila lokasi telefon anak dan anak saudaranya terhenti, selain mendapati mereka tidak muncul dalam siaran langsung di TikTok seperti yang dirancang.









