KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghormati keutamaan kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 dan berharap sokongan terhadap pembangunan bola sepak negara dapat diteruskan melalui kerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi berkaitan.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, tiada peruntukan khusus diumumkan buat sukan bola sepak.

Menerusi belanjawan itu, kerajaan memperuntukkan RM757 juta terutama bagi pembangunan sukan negara dan persiapan penganjuran Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027, dalam usaha memperkukuh ekosistem sukan dan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan badan induk itu akan terus menyusun keutamaan program berdasarkan kemampuan kewangan sedia ada bagi memastikan pembangunan bola sepak negara dapat diteruskan.