Selepas empat belanjawan membawa pelbagai pembaharuan fiskal, subsidi dan sosioekonomi, Belanjawan 2027 dibentangkan hari ini wajar dilihat sebagai titik penting untuk menilai satu perkara asas, sejauh mana rakyat benar-benar merasai hasil reformasi dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.

Lebih daripada itu, Belanjawan 2027 dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dimensi politik tersendiri kerana ia mungkin terakhir dibentang kerajaan hari ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Justeru, perhatian rakyat terhadap belanjawan kali ini bukan hanya tertumpu kepada jumlah peruntukan atau bentuk bantuan, tetapi sejauh mana dasar diumumkan mampu menjawab persoalan kehidupan harian mereka.