WASHINGTON – Pelaksanaan hukuman mati oleh skuad penembak terhadap askar yang disabitkan kesalahan membunuh, Nidal Hasan, akan disiarkan secara langsung, kata seorang pegawai Pentagon semalam, selepas Setiausaha Perang Pete Hegseth menyatakan bahawa hukuman akan dilaksanakan secara ‘terbuka’.
Hasan yang merupakan pakar psikiatri Tentera Amerika Syarikat(AS), menembak mati 13 orang di pangkalan Fort Hood pada 2009. Hukuman matii ke atas dirinya adalah yang pertama oleh tentera AS sejak 1961, dan pertama dilakukan skuad penembak sejak Perang Dunia Kedua.
“Ia akan disiarkan secara langsung. Butiran lanjut akan menyusul,” kata pegawai Pentagon itu kepada AFP.i.
Hegseth pula berkata di platform X semalam bahawa Hassan akan berdepan skuad penembak tentera, sepertimana sewajarnya, dan ‘kami akan memastikan orang ramai dapat menontonnya secara terbuka’.









