saifulaffendy@hmetro.com.my

Sepang: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyiarkan secara langsung Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Siaran langsung itu memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia mengikuti kemeriahan dan debaran perlumbaan Formula Satu (F1), khususnya mereka yang tidak berkesempatan hadir sendiri ke SIC.

KBS dalam satu kenyataan berkata, inisiatif berkenaan memastikan penganjuran acara sukan bertaraf dunia itu dapat dinikmati secara lebih meluas oleh rakyat di seluruh negara.

KBS percaya pendedahan menerusi siaran RTM itu turut mampu menyemarakkan minat rakyat terhadap sukan permotoran terutama dalam kalangan generasi muda.