PADANG BESAR: Keluarga seorang jemaah umrah warga emas yang koma di Hospital King Fahd, Jeddah, Arab Saudi buntu memikirkan kos sebanyak RM85,000 bagi membawanya pulang ke tanah air.
Rohani Hashim, 71, dari Kampung Baru Batu 18, Titi Tinggi, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas rebah akibat keletihan di lapangan terbang ketika mahu berlepas pulang pada Ahad lalu.
Anaknya, Shuhairi Samsudin, 45, berkata, dia bersyukur ibunya kini sudah menunjukkan perkembangan positif dan dia dijangka berlepas ke Jeddah pada Jumaat ini.
"Alhamdulillah, perkembangan hari ini mak sudah sedar. Sebelum berangkat mengerjakan umrah mak sihat sahaja, cuma dia memang sudah lama menghidap penyakit kencing manis.









